Sejak akhir-akhir ni aku rasa bosan la plak...bosan dengan keje..buat benda yang sama dah bertahun..cuma ada la gak benda baru..tapi tak selalu dan lepas 2-3 bulan..akan jadi semula suatu rutin yang terbiasa..
Tak sabar lak nak tunggu jumaat..Jumaat biasa nya aku shoot terus balik ke Muar..mau jumpa fakhri dan ibunya..heheh..bila weekend jer rasa cepat sangat..tu yang terbabas kekadang hari isnin aku amik EL..rasa macam malas je nak balik KL..adoi..ari ni pun otak dah buntu dah..nasib baik tengahari ada lunch dengan vendor..hehehe..save sikit..belasah apa ek?beriani kat syed?ke aladdin ker?las vacas agaknya...wauuu..nak lagi best chillis ka...TGIF ka..apa nak buat ni..
kat luar macam nak ujan.alamak..baju ujan aku dah tertinggal plak..harap2 time b alik petang ni tak ujan laaa..
Tuesday, November 10, 2009
hentam laaa..
Posted by s@dsereN@De! at 8:52 PM 0 comments
Wednesday, October 21, 2009
Wednesday, October 14, 2009
Luahan Cuma..
Aku *kerinan (dalam bahasa jawa bermaksud - bangun lewat).Bateri jam tangan sudah kehabisan.Locengan handphone juga tidak berfungsi - baterinya sudah habis.Jadinya aku terjaga bila hari sudah cerah.Mandi cepat-cepat.Gosok baju cepat-cepat.Panaskan enjin motor.Vroom...Lapar pulak perut ni.Padahal malam tadinya aku sudah kekenyangan mee bandung muar di rumah blade.Sedap!Tengkiu blade for the invitation!Lalu aku belok ke kiri.Ada penjual nasi lemak yang sedap di hadapan Maybank.Bungkus nasi lemak paru dan terus ke Fareez.Lewat lagi hari ini.Tapi boss tiada.Cumanya aku harus bersedia kalau vendor mat saleh tu perlukan apa sebelum migration bermula..
Tiba-tiba aku realize bahawa sepinya hidup ini.kosong.aku sendiri lagi.ingat isteri dan anakku di kampung.tapi aku masih sendiri di sini.dekat tapi jauh.jauh tapi dekat.berapa lama lagi harus begini aku pun tak tau.jemu tapi itu hakikat.
agh..kalau ditakdirkan kematian ku pada esok hari pun aku sendirian saja.tanpa ditemani sesiapa menemui sang Pencipta.sudah tiada lagi ertinya sebuah kesepian.Yang ada cuma ruang yang abadi.
Entah kenapa hari ini aku begitu terganggu emosi.tak tau apa yang kurang yang menerajang kotak hatiku yang beku dan kaku.sepi lagi!
Aku cuma manusia biasa.
bukan wali atau nabi.
punya sekeping cinta yang dipinjamkan oleh sang Pencipta.
moga-moga Tuhan akan kirimkan aku kebahagiaan sepanjang jalan sepi ini.Amin!
Posted by s@dsereN@De! at 7:51 PM 0 comments
Monday, October 12, 2009
Coret Aja
Ntah apa yang sedang bermain dalam benak hatiku aku pun keliru.Dengan resam dunia yang semakin berubah dari zaman kecil hingga sekarang punya anak kecil.Mata rasa mengantuk maklum saja kurang tidur.Tiada mood untuk apa pun cuma rasa bosan dan akhirnya ini hasilnya.Sapa yang baca aku tidak peduli.
Apa mau dibikin petang ini selepas kerja,malam ini.Tidur aja barangkali.Tubuhku capek..Mataku layu.Yang ada cuma semangat aja.Mau teruskan hingga jam 5 nanti..huhu..Baca-baca di Jalan Jenang..ada cerita pasal Reprisal..owh!ini band favourite ku..Emotional Hardcore..dengan muzik keras sesuai dengan lirik yang berbaur ..keras dan bersemangat,merundum dan haru..semuanya lah!Kalau dulu ada gig di JB pasti nama Reprisal ada..kalau dapat bermain sekalian dengan band ini..wowowowo..tapi itu cerita dulu la..sekarang masing-masing sudah slowdown..sudah punya komitmen lain..masanya sudah terbatas.tapi kalau dapat re-union lagi pasti menarik!
"why me my happiness was just shortlived?!
why you beauty so young was just shortlived?"
personally aku memang rindu nak tengok diorang beraksi kembali...apek dengan bassnya...huhu..lama tak jumpa mamat nih..man dengan vocalnya..melontarkan suara dengan penuh bertanggungjawap..
yalah..itu cerita tahun 90-an!
Posted by s@dsereN@De! at 1:09 AM 0 comments
Friday, September 11, 2009
From Bandung With Love
Sudah jam 2:47am.Aku tak bisa tidur.Baru selesai menonton filem - From bandung With Love.Wife aku baru saja pulang dari Bandung.Dan dia membeli beberapa dvd movie yang agak baru dan bagus- mengikut kata penjualnya.Tadinya aku ajak dia menonton tapi akhirnya dia yang ketiduran meninggalkan aku seorang diri menontonnya.
Ini bukan review yang bagus dari aku yang tak layak untuk bercakap pasal filem.Ini cuma persepsi peribadi yang kukira bagus untuk dikongsi bersama.
Permulaan ceritanya agak perlahan - itu yang membuat isteriku tertidur .Cuma aku yang mempu bertahan untuk menanti babak seterusnya.
Ceritanya ( dan yang bercampur dengan ulasan ku) bermula dengan sepasangan kekasih yang bahagia.Masih study.Si cowok bekerja part time sebagai DJ di Bandung FM dan skop acaranya lebih kepada persoalan cinta dan remaja serta permasalahannya.Ceweknya ingin berbicara tentang isu kesetiaan.mempersoalkan kenapa begitu ramai cowok yang tidak bisa setia kepada pasangannya.Dan dalam persediaannya mengupas intipati ideanya, dalam masa yang sama dia mendapat tawaran untuk suatu projek pengiklanan - hanya 6 hari.Banyak yang mungkin terjadi dalam masa 6 hari.Bermulalah suatu pengalaman yang begitu mahal dalam hidupnya bilamana dia sendiri terperangkap dalam persoalan cinta dan kesetiannya bila dia sendiri tidak mampu mempertahankan kesetiaannya saat dirinya dilamar cinta sang rakan kongsi dalam projek itu.Sangkanya itu hanya sebagai objek penelitian dan pemahaman dalam tingkah laku untuk topik yang akan dibangkitkan dalam acara radionya...Akan tetapi kesudahannya,tebak aja sendiri..tonton aja kalau mau pasti..
Ada masanya kenyataan dalam hidup itu suatu yang menyakitkan.Suatu idea yang mudah saja tapi berjaya diterjemahkan ke dalam visual yang bisa ditonton dan difahami maksudnya oleh umum.Kesetiaan kepada pasangan.Kesetiaan kepada cinta.kesetiaan kepada rencana bersama yang satu.Mampukah kita merencanakan kesetiaan.Apa kah cinta?Persoalan.Lantas,apakah jawapannya?Cinta juga.Ada yang benar dari situ.(Ini persepsiku).
Kesetiaan adalah antara syarat dalam suatu perhubungan.Tapi itu tidak bermakna ianya sesuatu yang boleh direncanakan.Yang bisa diatur begini ukurannya.Begini cara membuatnya.Begini cara menunjukkannya.Segalanya subjektif.Dan sebagaimana kehidupan yang kita tidak tau bila penghujungnya,begitu juga dengan cinta sesama manusia didalam konteks ini.Bagaimana dengan cinta?apapun sebagai sesuatu yang baharu,diciptakan oleh Tuhan,maka kalau empunya badan yang berperasaan cinta itu sendiri tidak mampu hidup untuk seribu tahun,bagaimana cintanya kepada empunya badan yang lain harus kekal abadi?Logiknya cinta sesama manusia tidak kekal.Bersifat baharu.Dan mungkin akan selalu memperbaharui.
Apa lah yang aku merepekkan nih..
Guruuh sudah berbunyi..hujan mau turun..aku tarik selimut!
Posted by s@dsereN@De! at 11:46 AM 0 comments
Monday, September 7, 2009
Sarang Kaki Pekik!
Malam minggu.Kubawa isteriku meronda menghirup angin malam di sekitar Batu Pahat.Mulanya ingin menjejak seseorang.Dari dalam kereta kami perhatikan sekelilingnya.Berulang alik malam itu kami dari Pt Raja dan Batu Pahat.Dan aku terjumpa dengan segerombolan manusia yang kukenal lama dahulu sejak jiwa remaja ku meledak dan minta ingin dibebaskan dari cara dan aliran perdana-lantas memilih sesuatu yang lebih normal dan tanpa sebarang protokol,prejudis dan hipokrit-sekumpulan manusia yang membantu aku menapak didalam sesuatu yang aku bangga berada didalamnya walau bukan majoriti bersetuju dengan aku-sekumpulan manusia yang telah lama terputus hubungan.salam diberi dan berjabat.moga kali ini kita akan terus teguh dan rapat, walau dalam apa bentuknya,acuannya dan apa pun tanggapannya.perjumpaan ditempat yang amat signifikan dengan permulaan awal hidup zaman remaja ku..bus stand lama batu pahat.heh!to uda and those kaki pekik-no spiritual surrender!
Posted by s@dsereN@De! at 9:07 PM 0 comments
Tuesday, July 21, 2009
apa apa
cerminkan waktu ke belakang
hadapkan mataku ke hadapan
seribu luka dan resah ada antaranya.
tutur tertikam jiwa.
kata merentap rasa
menjegil cinta
bilamana hatiku ditusuk tulang rusukku.
kabur pelangi selepas hujan
adakah cahaya didalam taman?
Posted by s@dsereN@De! at 9:42 PM 0 comments
